Tuesday, August 14, 2012

our new project


apa yang boleh tumbuh kalau keadaan macam ni...kering memanjang.... pengurus projek melihat tapak projek baru dengan menaiki superbikenya yang dipinjam dari cheche kudindin....

sebenarnya ada yang boleh tumbuh di tanah yang kering kontang...kita sendiri saja kena rajin untuk mengubahsuai keadaan tersebut.....betul kan?
tengok tu  project manager sedang memerhati dan memikirkan sesuatu tentang tayar-tayar terpakai tu...nak diisi tanah kompos dan akan disemai benih bunga....yeh!!! idea si kecilku...

mahu tanam bunga apa ya....tungguuuuu lah...apa kesudahan projek baru c kecil ni...:)

emmmm...ni bunga apa ni...inda pernah jumpa  pula...mau tingu dakat-dakat lah...
pagar-pagar kecil ni mahu buat apa ni?...tempat begayut ka?
pikir-pikir dulu mahu tanam apa ni....
sama-sama kita tingu hasilnya nanti...

Hasil projek c kecil & da geng....:)


habis batu sungai diangkut ke darat untuk dijadikan jalan....ni kalau jalan tidak berkasut or selipar membantu urut2 tapak kaki ni....

bunga petunia pink yang sentiasa berbunga...ni dah jadi lasak ni berhujan dan berpanas...tapi bila dah berhujan kelopak bunga jadi melepuh...dah tak cantik :(




bunga petunia yang ditawarkan penjual dengan harga paling rendah iaitu RM3 sebab masa dalam pasunya dah nampak tak bermaya dan dah nak mati...tapi bila dah pindah ke tanah lapang nampak segar bugar pula....rasanya terlalu sempit dalam pasu tu....

nama bunga ni pun saya tak tahu...tanam saja sebab cantik bila buah bunga tersebut bertukar warna.

ni pun tah tahu nama sebenar tapi bunga ni bila dah berbunga cantik..bunga warna ungu macam butang...mungkin kita boleh panggil dengan nama bunga butang....





Thursday, August 9, 2012

Sinorita Rosalita

Sinorita Rosalita atau juga dipanggil (spider flower) dari spesis cleome (Cleome spinosa)  mempunyai daun yang agak melekit dan mempunyai duri-duri kecil di batang. Bunga ini  mengeluarkan bau yang harum yang boleh memukau rama-rama dan burung kecil. mempunyai pelbagai warna antaranya merah jambu (pink), ungu dan putih. sesuai di tanam di kawasan yang terbuka kerana ianya memerlukan cahaya matahari yang cukup dan taburan hujan dengan strukur tanah yang baik. mampu mencapai ketinggian 3-5 kaki.
sesuai dijadikan tanaman hiasan kerana ianya sentiasa berbunga sepanjang hayatnya.




Sinorita Rosalita warna ungu


Sinorita Rosalita merah jambu




rupa bentuk benih bunga Sinorita Rosalita