Thursday, November 1, 2012

Apa Cerita Gladioli ku?...


tinggi lampai pula bunga gladioliku..(mungkin terlalu bahagia hidup di taman hijauku :p)

tak sangka pula cepat betul bunga ni  mau berbunga kalau ikut kata si penjual benih bunga ni Diana  (malay-kadazan girls) anggaran 80-100 hari...
usia gladioli ni dari mula semai hingga mengeluarkan putik bunga baru berusia 55hari.


kena ada kayu untuk sokongan berdiri kalau tidak mungkin akan menyembah bumi..


ketinggian bunga ni dah capai 5' lebih..


ini lah rupa putik bunga gladioli (tengok gambar di sebelah tu batang bunga dah nak membengkok ke kanan pula)


ku tinggalkan bunga2ku kembali ke hutan batu sedih sebab tak sempat lihat bunga gladioliku mekar setaman :)....(cuaca waktu ni hujan dan lembab matahari malu2 mahu menerangi lembah Tambunan rasanya ini lah faktor bunga2 ni malu2 mau tunjuk kecantikannya. keesokan hari selepas  gambar ni diambil baru lah bunga ni memperagakan kecantikannya tapi aku dah semalaman duduk di hutan batuku)

tunggu kepulangan ku esok ya...update lagi cerita bunga ni...


nak share dengan kawan2 juga bunga yg serupa gladioli ni...menurut pak gardener yang tanam bunga ni ianya diperolehi dari hutan yang berhampiran dengan tempat tinggalnya iaitu nun di banjaran crocker (hutan dara lah katakan masih banyak spisis tumbuhan yg kita tidak ketahui tumbuh bahagia di dalam sana), mereka menanam secara suka2 saja tapi tidak tahu apa nama bunga tersebut. mereka menamakan bunga ni oket hutan..

trengggggggggg ni lah rupa bunga tersebut...cantik bukan....

 kalau tidak silap bunga ni dah tanam setahun lalu tapi baru bulan oktober lalu mengeluarkan bunga...sayang sekali bunga ni tak tahan lama...


 ini lah rupa batang bunga tersebut kalau kurang penjagaan, tanpa sokongan bunga ni tak dapat berdiri tegak nak juga bengkok sana sini...



tak pasti apa benda macam kulat tumbuh di bawah pokok bunga ni... daun dan bulb bunga ni pun seakan-akan sama dengan gladioli...mungkinkah mereka ni adalah satu keluarga yang sama....

*****
sesiapa yang tahu akan kewujudan bunga ni tolong lah bagi info kepada pekebun ya....TQ





9 comments:

  1. Syoknya gladioli tu mesti suka cuaca tambunan. Cepat betul dia mau bunga.
    Orkid ni lebih nampak macam adik-beradik gladioli saja bah.
    Bawah tu macam dia punya bulb sahaja.
    Simpankan untuk Diana sikit nanti mau ku beli dari Ivy pula :).
    Nanti email Diana boleh?
    Mungkin masa Ivy dapatkan pokoknya/bulb masih muda sebsb itu lambat ianya berbunga.
    Gladioli pun kalau bulbnya muda kecil boleh ambil masa 3 tahun juga nak berbunga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ee..cantiknya! jual kat lynn jugak!

      Delete
    2. tukangkebun: rasanya memang bunga ni bahagia dengan cuaca d tambunan. ya kalau tingok dari daun dan bulbnya ada persamaan cuma mungkin bunganya saja bentuk berlainan...
      boleh..boleh teda masalah diana...mudah-mudahan akan berkembang biak bunga ni supaya dapat share bulb kepada pekebun yang lain..
      masa ambil ni cungkil terus dari tanah pas tu bawa tanam pula dekat tambunan memang masih terlalu muda bunga ni masa ambil...
      nasib baik lah gladioliku tu cepat berbunga...beruban lah kalau tunggu sampai 3 tahun Diana...:)

      Delete
    3. Lynnhelite: :)...boleh Lynn kumpul dulu bulbnya ya....

      Delete
  2. Saya pun nak juga :D
    Muka tak malu minta jugak..huhu - FARHANI -

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh apa salahnya...tak payah malu kalau malu selalu rugi :)

      Delete
  3. Salam,
    Boleh jual kat saya sikit benih Orkid hutan tu, tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh sangat2...tapi sekarang ni belum ada lagi sebab masih muda dan masih sedikit sangat nak share kat kawan gardener...bila dah ada saya akan info k..

      Delete
  4. Salam, saya nak beli bulb Orkid hutan tu juga. Tq

    ReplyDelete