Sinorita Rosalita atau juga dipanggil (spider flower) dari spesis cleome (Cleome spinosa) mempunyai daun yang agak melekit dan mempunyai duri-duri kecil di batang. Bunga ini mengeluarkan bau yang harum yang boleh memukau rama-rama dan burung kecil. mempunyai pelbagai warna antaranya merah jambu (pink), ungu dan putih. sesuai di tanam di kawasan yang terbuka kerana ianya memerlukan cahaya matahari yang cukup dan taburan hujan dengan strukur tanah yang baik. mampu mencapai ketinggian 3-5 kaki.
sesuai dijadikan tanaman hiasan kerana ianya sentiasa berbunga sepanjang hayatnya.
Sinorita Rosalita warna ungu
Sinorita Rosalita merah jambu
rupa bentuk benih bunga Sinorita Rosalita