Wednesday, October 3, 2012

Hidup baru di negara baru :) my Gladioli


Gladioli Mix

Ni dia rupa bebawang gladioli yang ditunggu-tunggu...dekat dua bulan baru diterima hari ini dari jauh nun di Adelaide....(tempah dari kebun bahagia bersama)
lepas balik kerja bebawang ni terus ditanam dalam bekas semaian...(tidak sabar tanam)

dah dua hari dalam bekas semaian (bawa balik kampung untuk ditanam di kawasan lapang)


Menyediakan tapak untuk tanaman kekal. tanah yang digunakan tanah biasa + tanah organik yang beli dekat kedai bunga...lebih baik guna tanah + kompos lebih ringan mudah untuk akar bercambah...bunga ni suka kepada cahaya matahari tapi jangan lupa untuk menjaga tahap kelembapan tanah juga penting untuk percambahan yang baik...

Dua hari tanam dalam bekas semaian akar dah tumbuh dalam 3cm lebih (rasanya bebawang gladioli ni bahagia duduk dalam bekas semain)

jarak antara tanaman anggaran 1kaki...ni buat jarak sendiri...kalau tengok dekat Youtube tu dekat2 pun boleh juga...ni sebab tukang kebun ni tidak punya banyak benih...:(

kalau tanam di kawasan lapang adalah lebih baik untuk memberi perlindungan (saya gunakan bekas botol -melindungi daripada dipijak oleh haiwan peliharaan)

:)...usia ku dah 8hari dah tumbuh 5cm lebih



sebelum dibuat lindungan ni lah kerja c ayam jantan mematahkan sulur sihat ku...:(

usiaku 8 hari tapi aku lebih tinggi daripada yang lain...mungkin bahagia bersama jiran disisiku (portulaca atau moss rose)

usiaku dah 15hari dah tumbuh tinggi dari usiaku 8 hari lalu...








usiaku 16hari dah tumbuh tinggi 1kaki lebih :)......


29 hari usia gladioliku...
 baru minggu ni balik ke kampung lagi sebab minggu lalu bawa my little Jhesster jumpa doktor pakar..

 dalam usiaku mencecah 29hari ketinggian ku dah mencapai 2kaki lebih...cepatnya pertumbuhanku

 ketinggian gladioli ni tidak sama, ikut faktor tanah dan kebahagiaannya hidup dalam dunia baru... 

 kawasan penanaman ni terletak di lembah jadi cuaca agak sejuk sedikit berbanding kawasan lain di sabah...tapi cuaca sekarang tidak menentu berbanding masa dahulu ada masa sangat sejuk dan ada masanya tersangatlah panas...gladioli dapat tumbuh dengan baiknya di negara kita sebab cuaca tidak jauh beza dari negara asalnya kn...

di negara jiran kita Indonesia khasnya di Medan tumbuhan gladioli ni tumbuh dengan baik...jadi kalau berpeluang jalan-jalan ke Medan jangan lupa singgah melihat bunga ni & beli lah sebanyak mungkin yang anda mahu kerana harganya amat berpatutan....(e2 cerita kawan yang ada membawa ole-ole bunga gladioli balik ke sabah baru-baru ni) 

update pertumbuhan bunga ni dalam 2 wek lagi kalau tak jadi balik kampung minggu ni...:( sedih tak dapat jumpa tanamanku yang sementara ni dijaga oleh kakak & my mum & of course my niece... (tq mum & kakak tolong jaga yer..)



8 comments:

  1. wah! Menariknya perkembangan bawang ni. Pokoknya tumbuh macam pucuk pokok kelapa baru bercambah.

    Izinkan saya mengikut idea alat perlindungan tu ye ;)

    ReplyDelete
  2. :)...betul juga ya...tidak persan pula...cuma nanti dah besar jangan jadi kelapa pula ya my dear gladioli..:)
    boleh saja baguznet ikut lah tiada halangan...tidak rugi dan tiada kos untuk membuat membuat perlindungan tersebut...kita kitar semula jangan membazir :)....

    ReplyDelete
  3. betul, idea tu lynn boleh copy..tq, tq!

    ReplyDelete
  4. bagus juga ideaku tu kn...berguna juga kepada yang lain :)..kita kongsi2 idea yer tak...(botol2 kosong tu mulanya letak makanan haiwan peliharaan, senang nak bagi makan buka penutup ja pas tu boleh layan diaekors...tangan pon tak kotor...)

    boleh Lynn boleh :)... copy ja idea tu tiada halangan...Ok

    ReplyDelete
  5. Wah cepatnya membesar sebagai juara.
    Kenapa si Jhesster ndak sihat? Harap sihat.
    Saya bila balik kampung pun kena buat macam Ivy kasi lindung. Itu piak, itik, angsa dan binatang lain main suka hati sahaja pijak-pijak.

    ReplyDelete
  6. syukur mungkin serasi di negara baru kn...my jhesster dah 3tahun review dgn dr pakar kanak2 likas..(25/9/12 hari tu dah last lah jumpa dgn dr pakar tapi kena ada pemantau juga di hptal daerah so pindah lah ke klinik kesihatan penampang) dulu lahir dia kekurangan gula pas tu hb juga x baik (tapi semuanya terkawal)

    eya diana... kalau di kampung bagus buat cm ni...mengelakkan tu piak :)..itik dan yg sewaktunya p pijak2 atau kakai2 (mencakar2).....mimang cam tu lah kalau di kampung yang meriah dengan tanamannya dan haiwan2nya....rindu suda mau balik kampung (minggu ni mulih lah ni)..:)

    ReplyDelete
  7. Lepas ni boleh la jual kat saya pulak gladioli bulb tu, terasa mcm nak juga cuba-cuba tanam

    ReplyDelete
    Replies
    1. muda-mudahan jadi pembekal gladioli lah pula saya nanti ni...

      Delete