Thursday, February 21, 2013

Gladioli batch ke 2,3 dan ke 4

cerita kembali tentang bunga gladioli...eeeemmmm bunga kegilaan ku...kali ni tanam tempat lapang juga tapi terlindung sedikit daripada cahaya matahari yang terik....kita lihat apa kejadiannya kalau tanam tempat macam ni:

 ini adalah batch ke 2 dan ke 3 (bath kedua ada tinggal 2 bulb yg lain dah kasi dengan gardener lain yang ke 3 ni ada 6 bulb semua tapi satu dah kojol tak mau berakar maka reputlah bebawangnya..:(

kalau dihitung hari sudah masuk 44 hari tapi masih rendah macam tak cukup makan (alahai apakan inda lagi pun daunnya telah pun dimakan oleh kambing hari tu...nakal anak2 kambing mencoroboh kebun ni.....)
tunggu lah sampai mengeluarkan bunga baru nampak meriah kebun ni....tak sabar pula....


 ni adalah batch ke 4 bunga gladioliku...ni pun ada 6 bulb tapi yg seeko da kojol juga sama kes macam batch ke 3 kasihan....ni tanam dalam pasu mau cuba tanam di hutan batu pula.
baru berumur 9 hari (ni tanam kedalaman tanah 6" lama juga dia berjaya menembusi tanah melihat matahari :) malangnya bulb yang satu lagi tidak berjaya maka tamatlah riwayatnya....
bunga ni berteman serai dan haliah entah macam mana lah hidup diorang ni....mudah-mudahan baik2 saja samapai bergaya dengan bunga dikepala.....


bunga bakung -spider lily emak yang kasi untuk merawat luka kalau ngam2 terkena duri2 kaktus :)...


ni lah kaktusku yang belum dibelai dari tahun lalu...pokok tomato ni pula sikit masa lagi akan berbuah mudah-mudahan...:)




2013 lembaran baru

Sedar tak sedar dah lama sangat tinggalkan blog ni.....dah masuk dua bulan dalam 2013 baru buka balik lembaran ni...almaklum lah bz memanjang lagi pun tidak tau mau post apa d blog...(sakit rajin lah ni :)...) pasal taman hijuku...jangan cakap lah sekarang ni lepas hujan memanjang dan kini kemarau ditambah pula dengan kesibukan kakak menjaga emak yang sakit maka terbiarlah taman hijau ku yang sudah menjadi semak samun :(......mungkin bunga-bunga dah merajuk...leee kasihan...
tak apa minggu lalu cuti seminggu sambung terus pas tahun baru Cina hari tu....adalah buat pemeriksaan kawasan tanaman jagung, labu kuning, kundur dan sayuran buah yg lain seperti kacang panjang, timun dan sengkuang tidak terkecuali bunga matahari memandangkan tuaian tahun lalu menjadi maka selitkan sedikit untuk memeriahkan lagi kebun kecil tersebut :) tidak sabar mahu melihat hasil dari tanah sawah kali ni....syukur mereka gembira tumbuh di tanah sawah (daripada terbiar sehingga menanam padi kembali bagus kita usahakan dengan tanaman jangka pendek....