Showing posts with label Gladioli. Show all posts
Showing posts with label Gladioli. Show all posts

Thursday, February 21, 2013

Gladioli batch ke 2,3 dan ke 4

cerita kembali tentang bunga gladioli...eeeemmmm bunga kegilaan ku...kali ni tanam tempat lapang juga tapi terlindung sedikit daripada cahaya matahari yang terik....kita lihat apa kejadiannya kalau tanam tempat macam ni:

 ini adalah batch ke 2 dan ke 3 (bath kedua ada tinggal 2 bulb yg lain dah kasi dengan gardener lain yang ke 3 ni ada 6 bulb semua tapi satu dah kojol tak mau berakar maka reputlah bebawangnya..:(

kalau dihitung hari sudah masuk 44 hari tapi masih rendah macam tak cukup makan (alahai apakan inda lagi pun daunnya telah pun dimakan oleh kambing hari tu...nakal anak2 kambing mencoroboh kebun ni.....)
tunggu lah sampai mengeluarkan bunga baru nampak meriah kebun ni....tak sabar pula....


 ni adalah batch ke 4 bunga gladioliku...ni pun ada 6 bulb tapi yg seeko da kojol juga sama kes macam batch ke 3 kasihan....ni tanam dalam pasu mau cuba tanam di hutan batu pula.
baru berumur 9 hari (ni tanam kedalaman tanah 6" lama juga dia berjaya menembusi tanah melihat matahari :) malangnya bulb yang satu lagi tidak berjaya maka tamatlah riwayatnya....
bunga ni berteman serai dan haliah entah macam mana lah hidup diorang ni....mudah-mudahan baik2 saja samapai bergaya dengan bunga dikepala.....


bunga bakung -spider lily emak yang kasi untuk merawat luka kalau ngam2 terkena duri2 kaktus :)...


ni lah kaktusku yang belum dibelai dari tahun lalu...pokok tomato ni pula sikit masa lagi akan berbuah mudah-mudahan...:)




Monday, November 5, 2012

Thursday, November 1, 2012

Apa Cerita Gladioli ku?...


tinggi lampai pula bunga gladioliku..(mungkin terlalu bahagia hidup di taman hijauku :p)

tak sangka pula cepat betul bunga ni  mau berbunga kalau ikut kata si penjual benih bunga ni Diana  (malay-kadazan girls) anggaran 80-100 hari...
usia gladioli ni dari mula semai hingga mengeluarkan putik bunga baru berusia 55hari.


kena ada kayu untuk sokongan berdiri kalau tidak mungkin akan menyembah bumi..


ketinggian bunga ni dah capai 5' lebih..


ini lah rupa putik bunga gladioli (tengok gambar di sebelah tu batang bunga dah nak membengkok ke kanan pula)


ku tinggalkan bunga2ku kembali ke hutan batu sedih sebab tak sempat lihat bunga gladioliku mekar setaman :)....(cuaca waktu ni hujan dan lembab matahari malu2 mahu menerangi lembah Tambunan rasanya ini lah faktor bunga2 ni malu2 mau tunjuk kecantikannya. keesokan hari selepas  gambar ni diambil baru lah bunga ni memperagakan kecantikannya tapi aku dah semalaman duduk di hutan batuku)

tunggu kepulangan ku esok ya...update lagi cerita bunga ni...


nak share dengan kawan2 juga bunga yg serupa gladioli ni...menurut pak gardener yang tanam bunga ni ianya diperolehi dari hutan yang berhampiran dengan tempat tinggalnya iaitu nun di banjaran crocker (hutan dara lah katakan masih banyak spisis tumbuhan yg kita tidak ketahui tumbuh bahagia di dalam sana), mereka menanam secara suka2 saja tapi tidak tahu apa nama bunga tersebut. mereka menamakan bunga ni oket hutan..

trengggggggggg ni lah rupa bunga tersebut...cantik bukan....

 kalau tidak silap bunga ni dah tanam setahun lalu tapi baru bulan oktober lalu mengeluarkan bunga...sayang sekali bunga ni tak tahan lama...


 ini lah rupa batang bunga tersebut kalau kurang penjagaan, tanpa sokongan bunga ni tak dapat berdiri tegak nak juga bengkok sana sini...



tak pasti apa benda macam kulat tumbuh di bawah pokok bunga ni... daun dan bulb bunga ni pun seakan-akan sama dengan gladioli...mungkinkah mereka ni adalah satu keluarga yang sama....

*****
sesiapa yang tahu akan kewujudan bunga ni tolong lah bagi info kepada pekebun ya....TQ





Wednesday, October 3, 2012

Hidup baru di negara baru :) my Gladioli


Gladioli Mix

Ni dia rupa bebawang gladioli yang ditunggu-tunggu...dekat dua bulan baru diterima hari ini dari jauh nun di Adelaide....(tempah dari kebun bahagia bersama)
lepas balik kerja bebawang ni terus ditanam dalam bekas semaian...(tidak sabar tanam)

dah dua hari dalam bekas semaian (bawa balik kampung untuk ditanam di kawasan lapang)


Menyediakan tapak untuk tanaman kekal. tanah yang digunakan tanah biasa + tanah organik yang beli dekat kedai bunga...lebih baik guna tanah + kompos lebih ringan mudah untuk akar bercambah...bunga ni suka kepada cahaya matahari tapi jangan lupa untuk menjaga tahap kelembapan tanah juga penting untuk percambahan yang baik...

Dua hari tanam dalam bekas semaian akar dah tumbuh dalam 3cm lebih (rasanya bebawang gladioli ni bahagia duduk dalam bekas semain)

jarak antara tanaman anggaran 1kaki...ni buat jarak sendiri...kalau tengok dekat Youtube tu dekat2 pun boleh juga...ni sebab tukang kebun ni tidak punya banyak benih...:(

kalau tanam di kawasan lapang adalah lebih baik untuk memberi perlindungan (saya gunakan bekas botol -melindungi daripada dipijak oleh haiwan peliharaan)

:)...usia ku dah 8hari dah tumbuh 5cm lebih



sebelum dibuat lindungan ni lah kerja c ayam jantan mematahkan sulur sihat ku...:(

usiaku 8 hari tapi aku lebih tinggi daripada yang lain...mungkin bahagia bersama jiran disisiku (portulaca atau moss rose)

usiaku dah 15hari dah tumbuh tinggi dari usiaku 8 hari lalu...








usiaku 16hari dah tumbuh tinggi 1kaki lebih :)......


29 hari usia gladioliku...
 baru minggu ni balik ke kampung lagi sebab minggu lalu bawa my little Jhesster jumpa doktor pakar..

 dalam usiaku mencecah 29hari ketinggian ku dah mencapai 2kaki lebih...cepatnya pertumbuhanku

 ketinggian gladioli ni tidak sama, ikut faktor tanah dan kebahagiaannya hidup dalam dunia baru... 

 kawasan penanaman ni terletak di lembah jadi cuaca agak sejuk sedikit berbanding kawasan lain di sabah...tapi cuaca sekarang tidak menentu berbanding masa dahulu ada masa sangat sejuk dan ada masanya tersangatlah panas...gladioli dapat tumbuh dengan baiknya di negara kita sebab cuaca tidak jauh beza dari negara asalnya kn...

di negara jiran kita Indonesia khasnya di Medan tumbuhan gladioli ni tumbuh dengan baik...jadi kalau berpeluang jalan-jalan ke Medan jangan lupa singgah melihat bunga ni & beli lah sebanyak mungkin yang anda mahu kerana harganya amat berpatutan....(e2 cerita kawan yang ada membawa ole-ole bunga gladioli balik ke sabah baru-baru ni) 

update pertumbuhan bunga ni dalam 2 wek lagi kalau tak jadi balik kampung minggu ni...:( sedih tak dapat jumpa tanamanku yang sementara ni dijaga oleh kakak & my mum & of course my niece... (tq mum & kakak tolong jaga yer..)