Wednesday, October 10, 2018

2014 lembarn baru - rindu sudah berblog..:)

terlalu lama meninggalkan blog bersendirian....bukan apa, hanya tidak mau mengimbas kenangan bersama arwah ibu yang sudah setahun meninggalkan kami untuk selamanya...tyme blog ni aktif ibu sentiasa memberi tunjuk ajar kepada kami tentang berkebun (walaupun kami ni dibesarkan dengan berkebun-anak petani lah katakan), info2 tentang tumbuhan amat berguna setelah ibu tiada terutama tumbuhan yang boleh digunakan dalam perubatan kampung...dan dia selalu bercerita tentang tumbuhan apabila kami sama2 berada di kebun bunga atau sayuran sambil duduk memerhati kerana dia sudah tidak larat untuk membantu tapi oleh kerana mau ambil angin luar dia gagahkan juga badan untuk ke luar bersama kami walaupun ditegah..itu lah sikap ibu sangat minat dengan dunia perkebunan dan penternakan....oh! sangat rindu dengan ibu....:( asal saja melangkah kaki ke kebun bunga ternyata bayangan ibu dan tempat dia selalu melabuhkan punggungnya untuk memerhatikan kami berkebun amat meruntun jiwa....lama masa diambil untuk meninjau-ninjau kebun sehingga tidak terurus...tapi saya mau mengagahkan diri untuk menceriakan lagi apa yang kami telah mulakan dan ceriakan sewaktu ibu masih ada, biar dia ceria lagi melihat dari alam sana..(satu ketika dulu sampai ada yang akan berhenti untuk mengambil gambar kebun kecil kami kerana ceria dengan bunga-bungaan yang pelbagai ditambah dengan sayuran yang agak menjadi ketika itu)
emmmmm...bila imbas kembali memang terasa amat sakit jiwa ini tetapi yang pergi akan tetap pergi...MATI itu PASTI terjadi kepada semua yang bernyawa....yang ditinggalkan mesti meneruskan kehidupan tanpa seseorang yang amat penting dalam hidup....

* Damai sejehteralah engkau di alam barumu ibu semoga engkau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman...amin*



2 comments:

  1. Salam Zieta. Kalau sayang ibu, berkebunlah semula..Lihat bunga berkembang lihat daun2 hijau yang melambai..kenangkan saat indah waktu bersama. Walaupun dia pergi tapi kenangan dan semangatnya ada bersama kita, bangunlah bersama semangat itu, dia pasti tersenyum disana..

    ReplyDelete