Gladioli Mix
Ni dia rupa bebawang gladioli yang ditunggu-tunggu...dekat dua bulan baru diterima hari ini dari jauh nun di Adelaide....(tempah dari kebun bahagia bersama)
lepas balik kerja bebawang ni terus ditanam dalam bekas semaian...(tidak sabar tanam)
dah dua hari dalam bekas semaian (bawa balik kampung untuk ditanam di kawasan lapang)
Menyediakan tapak untuk tanaman kekal. tanah yang digunakan tanah biasa + tanah organik yang beli dekat kedai bunga...lebih baik guna tanah + kompos lebih ringan mudah untuk akar bercambah...bunga ni suka kepada cahaya matahari tapi jangan lupa untuk menjaga tahap kelembapan tanah juga penting untuk percambahan yang baik...
Dua hari tanam dalam bekas semaian akar dah tumbuh dalam 3cm lebih (rasanya bebawang gladioli ni bahagia duduk dalam bekas semain)
jarak antara tanaman anggaran 1kaki...ni buat jarak sendiri...kalau tengok dekat Youtube tu dekat2 pun boleh juga...ni sebab tukang kebun ni tidak punya banyak benih...:(
kalau tanam di kawasan lapang adalah lebih baik untuk memberi perlindungan (saya gunakan bekas botol -melindungi daripada dipijak oleh haiwan peliharaan)
:)...usia ku dah 8hari dah tumbuh 5cm lebih
sebelum dibuat lindungan ni lah kerja c ayam jantan mematahkan sulur sihat ku...:(
usiaku 8 hari tapi aku lebih tinggi daripada yang lain...mungkin bahagia bersama jiran disisiku (portulaca atau moss rose)
usiaku dah 15hari dah tumbuh tinggi dari usiaku 8 hari lalu...
usiaku 16hari dah tumbuh tinggi 1kaki lebih :)......
29 hari usia gladioliku...
baru minggu ni balik ke kampung lagi sebab minggu lalu bawa my little Jhesster jumpa doktor pakar..
dalam usiaku mencecah 29hari ketinggian ku dah mencapai 2kaki lebih...cepatnya pertumbuhanku
ketinggian gladioli ni tidak sama, ikut faktor tanah dan kebahagiaannya hidup dalam dunia baru...
kawasan penanaman ni terletak di lembah jadi cuaca agak sejuk sedikit berbanding kawasan lain di sabah...tapi cuaca sekarang tidak menentu berbanding masa dahulu ada masa sangat sejuk dan ada masanya tersangatlah panas...gladioli dapat tumbuh dengan baiknya di negara kita sebab cuaca tidak jauh beza dari negara asalnya kn...
di negara jiran kita Indonesia khasnya di Medan tumbuhan gladioli ni tumbuh dengan baik...jadi kalau berpeluang jalan-jalan ke Medan jangan lupa singgah melihat bunga ni & beli lah sebanyak mungkin yang anda mahu kerana harganya amat berpatutan....(e2 cerita kawan yang ada membawa ole-ole bunga gladioli balik ke sabah baru-baru ni)
update pertumbuhan bunga ni dalam 2 wek lagi kalau tak jadi balik kampung minggu ni...:( sedih tak dapat jumpa tanamanku yang sementara ni dijaga oleh kakak & my mum & of course my niece... (tq mum & kakak tolong jaga yer..)